Tentang Kami Taman Sinar Harapan Tampoi
Thursday, May 16, 2013 // by Admin // //
0
comments
Taman Sinar Harapan Tampoi merupakan Institusi pemulihan dan latihan bagi OKU Masalah Pembelajaran remaja lelaki. Taman Sinar Harapan Tampoi mula beroperasi pada 28 hb. Disember 1975 dan telah dirasmikan oleh Datin Paduka Hjh.Aishah bte Abdul Ghani iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia pada ketika tersebut. Di selia dibawah Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977, Taman Sinar Harapan Tampoi berkeluasan 8.4 ekar terdiri daripada lapan buah asrama. Asrama sedia ada ini boleh menampung seramai 200 orang penghuni dalam satu-satu masa.Taman Sinar Harapan Tampoi dahulunya dikenali sebagai Rumah Kanak-Kanak Cacat pada tahun 1975 pernah menempatkan bukan sahaja pelatih OKU lelaki malah juga pelatih OKU perempuan. Bagaimanapun, setelah menerima jumlah penghuni yang agak tinggi, Taman Sinar Harapan Jubli yang berlokasi di Jalan Datin Halimah diwujudkan bagi menempatkan pelatih OKU perempuan.
VISI
Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang
MISI
Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial
OBJEKTIF
Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan
Membangunkan masyarakat melalui melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
Mewujudkan masyarakat yang berbudayakan penyayang
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui Perkhidmatan Kebajikan Dan Pembangunan Sosial yang profesional dan Perkongsian Tanggungjawab yang strategik
MATLAMAT TAMAN SINAR HARAPAN TAMPOI
0 comments: